Biografi Norman Rockwell

Awal hidup dan pendidikan

Norman Rockwell lahir pada 3 Februari 1894 di Bandar Raya New York, beliau anak kedua dan bongsu (abangnya satu setengah tahun lebih tua[5][6]) kepada Jarvis Waring Rockwell, pengurus pejabat New York sebuah syarikat tekstil di Philadelphia,[5][7][8] dan Anne Mary "Nancy" Hill. [9] [10] [8] Beliau keturunan Inggeris melalui seorang datuk moyangnya, John Rockwell (1588–1662) yang berhijrah dari Somerset, England sekitar tahun 1635 untuk memulakan kehidupan baharu di Windsor, Connecticut.

Beliau melanjutkan pengajiannya di Chase Art School pada usia 14 tahun sebelum beralih ke National Academy of Design dan akhirnya Art Students League (ASL). Beliau dididik di ASL oleh seberapa pengajar utama Thomas Fogarty, George Bridgman, dan Frank Vincent DuMond; karya-karya terawalnya turut dihasilkan semasa ini untuk St. Nicholas Magazine, majalah kepanduan Boys' Life serta beberapa penerbitan remaja lain.

Kerjaya pelukisan

Beliau mula mengilustrasi buku dengan projek pertamanya, Tell Me Why: Stories about Mother Nature karya Carl H. Claudy. Beliau memulakan kerjanya dengan The Saturday Evening Post pada tahun 1916.

Apabila Perang Dunia Pertama meletus dan Amerika Syarikat segera menyatakan tindakan menyertai peperangan ini, Norman berusaha mahu memasuki Angkatan Laut AS namun ditolak masuk kerana berat badannya kurang ideal untuk ketinggiannya - 140 paun (64 kg) dan 6 kaki (1.8 m) tinggi. Maka, Norman nekad menambahkan berat badannya semalaman memakanagar dapat mencukupi untuk keesokan harinya. Beliau diberi kelayakan menyertai namun hanya dapat diberi peranan sebagai seorang pelukis untuk tujuan kerja penerbitan tentera dan tidak dapat terlibat dalam apa-apa kempen tentera.[11]

Senja hidup

Rockwell meninggal pada 8 November 1978, kerana emfisema pada usia 84 di rumahnya di Stockbridge, Massachusetts.[12]

Rujukan

WikiPedia: Norman Rockwell http://gogd.tjs-labs.com/gallery-view?illustrator=... http://www.vanityfair.com/culture/features/2008/02... http://www.massmoments.org/moment.cfm?mid=13 http://www.nrm.org http://www.nrm.org/about-2/about-norman-rockwell/ http://www.patriotspoint.org/news_events/norman-ro... https://query.nytimes.com/gst/fullpage.html?res=94... https://www.nytimes.com/2010/07/04/arts/design/04r... https://www.vox.com/the-highlight/2020/2/19/210523... https://archive.org/details/normanrockwellpi00henn